April, 2015

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: April 27, 2015

Memohon Kerjasama membantu Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH)

Adalah dimaklumkan Rumah Kasih Nurul Hasanah, memulakan operasi sebagai satu wadah untuk semua agar saling berkasih sayang, bantu membantu dan bela membela di antara sesama insan. RKNH adalah pusat perlindungan dan transit untuk menaungi serta menguruskan keperluan hidup, pendidikan dan masalah kesihatan bagi 30 orang anak-anak yatim, miskin, dan golongan yg dhaif samada yang tinggal di asrama mahupun tinggal sendiri bersama waris masing-masing. Read More …

Posted by: | Posted on: April 27, 2015

Memohon Sumbangan Kenderaan untuk Rumah Kasih Nurul Hasanah

Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH) sangat memerlukan sebuah van bagi kegunaan pelajar Terutamanya untuk menghantar seramai 30 orang pelajar ke sekolah, jemputan program, aktiviti lawatan sambil belajar dan sebagainya.

Buat masa ini RKNH hanya meminjam dan menyambung bayar sebuah kereta Toyota unser milik AJK di RKNH untuk kegunaan-kegunaan kecemasan, namun itu tidak memadai kerana kereta itu agak dhaif dan sering mengalami kerosakan. Oleh yang demikian pelbagai masalah dihadapi berikutan ketiadaan van. Read More …

Posted by: | Posted on: April 25, 2015

Selamat Datang

 

 

 

 

Mula dibuka : April 2012

Bilangan Anak-anak dibawah RKNH : 28 orang
Bilangan yang bernaung di bawah RKNH : 106 orang

Berumur : 5 bulan hingga 17 tahun
Lokasi : No 1, Jalan Pimping Kanan,
Ukay Height,68000,Ampang,
Selangor.

Tel/Fax :  03 – 425 33500 (Asrama)  /  03 – 426 65200 (Pejabat)
H/P  : 019-3349933 / 011-27270704 / 019-3349955
Website : Rumahanakyatim.org
Email : rumahkasihnurulhasanah@yahoo.com
Facebook : facebook.com/rumahkebajikannurulhasanah
FanPage : facebook.com/rknurulhasanah

Akaun Maybank : 562 777 213 969
Nama Akaun : Rumah Kasih Nurul Hasanah

Akaun Bank Islam : 1211 3010 0495 12
Nama Akaun : Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah

Akaun CIMB :  860 050 2281
Nama Akaun : Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah

Sinopsis

Rumah Kasih Nurul Hasanah,bermula kerana rasa terpanggil
mendengar keluhan dan sedih masyarakat yang diuji dengan pelbagai
kesusahan dan kesempitan hidup terutamanya anak2 yatim ,mualaf,
ibu tunggal,balu serta mereka yg dihimpit

kesulitan serta musibah.

Rumah Kasih

Rumah yang di dalamnya wujud kasih sayang yang tinggi ,suka duka
di kongsi bersama,saling menghargai,mendahulukan orang lain dari
diri sendiri,nikmat yang datang di kongsi dan bekerjasama

Nurul Hasanah

Cahaya kebaikan yang menerangi hati yang telah dikotori dosa.Rasulullah s.a.w adalah cahaya kebaikan yang tiada tandingan.Kehebatan akhlak dan pengorbanan baginda dalam membela fakir miskin menjadi contoh di atas segala contoh.Sabda Rasulullah s.a.w,
“Kebaikan sedekah yang dilakukan boleh memadam kejahatan

 

 

Posted by: | Posted on: April 9, 2015

Health and Charity Centre

1.  Mempelawa masyarakat yang ingin berjariah dalam bidang kesihatan membantu pesakit pesakit yang fakir miskin dan tidak berkemampuan untuk membeli makanan tambahan lulus KKM untuk kesihatan mereka dan rawatan

 

2.  Apabila pihak HCC mengesahkan maka pihak HCC akan memberi no pengenalan untuk pengambilan makanan tambahan untuk kesihatan secara berperingkat jika perlu

 

3.  Menetapkan tarikh tentative majlis pelancaran dan jadual pengisian, taklimat, pendaftaran, kaunseling dan jenis rawatan, sesi bersama pakar pemakanan, pemeriksaan percuma tekanan darah dan lain lain, doa dan rawatan as sunnah, pemakanan as sunnah

 

4.  Senaraikan nama doctor doctor terpilih, pakar pemakanan dll.Sediakan kad/ surat jemputan, kemajlis pada hari ahad jam 9 pagi hingga 4.15 petang

 

5.  Senarai doctor volunteer , sukarelawan healthy charity centre, khas untuk pesakit pesakit asnaf

 

6.  Pengambilan food suplemen, rekod pesakit akan di failkan termasuk dokumen hospital dan sebagainya

 

7.  Pesakit juga akan di beri taklimat oleh pakar makanan kesihatan secara berkala, dan panduan menjaga kesihatan secara as sunnah oleh ustaz ustaz pilihan.

 

HCC diurus bersama Rumah Kasih Nurul Hasanah

Majis taklimat akan ditetapkan pada satu masa yang akan dimaklumkan

Lokasi program dan pengumpulan poduk-produk kesihatan lulus KKM bertempat di Rumah Kasih Nurul Hasanah

*Kepada Tuan / Puan yang ingin berkongsi menyumbang barangan atau prodak kesihatan lulus KKM boleh lah menghantar ke alamat rumah kasih nurul hasanah pada bila bila masa .Terima kasih
Posted by: | Posted on: April 8, 2015

Jadual Aktiviti Tahunan RKNH

1.  Majlis sambutan awal muharram dimulai dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun selepas maghrib pada 1 muharram dan majlis 10 muharram bersama anak-anak yatim sahaja
2.  Majlis sambutan maulidurrasul dengan membaca berzanji, qosidah dan lain lain selawat ( tarikh akan dimaklumkan)
3.  Majlis menyambut awal bulan rejab pada 1 rejab
4.  Majlis agihan barangan sempena menyambut ramadhan kepada keluarga anak yatim dan asnaf pada 15 syaaban
5.  Majlis agihan aging korban untuk keluarga anak yatim dan asnaf pada hari raya haji ke 2
6.  Majlis khas untuk pendaftaran anak yatim seMalaysia yang tidak tinggal di mana mana rumah kebajikan, majlis ini dengan kerjasama bersama sukarelawan kelab penyayang rknh bertempat di rknh ampang pada pertengahan cuti panjang sekolah (15 december)
7.  Program kem ibadah dan bimbingan Al-quran pada minggu pertama bulan 12 sempena cuti panjang persekolahan selama 5 hari (1 december)

Read More …