Memohon Sumbangan Kenderaan untuk Rumah Kasih Nurul Hasanah
Posted by: admin | Posted on: April 27, 2015
Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH) sangat memerlukan sebuah van bagi kegunaan pelajar Terutamanya untuk menghantar seramai 30 orang pelajar ke sekolah, jemputan program, aktiviti lawatan sambil belajar dan sebagainya.
Buat masa ini RKNH hanya meminjam dan menyambung bayar sebuah kereta Toyota unser milik AJK di RKNH untuk kegunaan-kegunaan kecemasan, namun itu tidak memadai kerana kereta itu agak dhaif dan sering mengalami kerosakan. Oleh yang demikian pelbagai masalah dihadapi berikutan ketiadaan van.
Justeru itu Rumah Kasih Nurul Hasanah berhasrat untuk mendapatkan sebuah van
Tujuan kenderaan tersebut antaranya untuk :
- Urusan pengangkutan ke sekolah
- Pengangkutan ke pusat tuisyen
- Lawatan sambil belajar dan reakrasi
- Kegunaan untuk kecemasan
- Mengambil barang-barang yang di sumbangkan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 011-11070967 / 011-27270704 / 019-3349933 03 – 425 33500 (Asrama) / 03 – 426 65200 (Pejabat)
Semoga pihak tuan /puan sudi mempertimbangkan permohonan kami ini dan meluluskan nya. Semoga segala sumbangan dan bantuan yg telah|akan diberikan sedikit sebanyak meringankan beban RKNH. Akhir kata kami doakan diberkati dan dijayakan serta usaha murni ini.
Comments are Closed