Memohon Kerjasama membantu Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH)

Posted by: | Posted on: April 27, 2015

Adalah dimaklumkan Rumah Kasih Nurul Hasanah, memulakan operasi sebagai satu wadah untuk semua agar saling berkasih sayang, bantu membantu dan bela membela di antara sesama insan. RKNH adalah pusat perlindungan dan transit untuk menaungi serta menguruskan keperluan hidup, pendidikan dan masalah kesihatan bagi 30 orang anak-anak yatim, miskin, dan golongan yg dhaif samada yang tinggal di asrama mahupun tinggal sendiri bersama waris masing-masing.

Memandangkan asrama RKNH ini baru sahaja dibuka, ia masih belum dikenali ramai, justeru itu, bantuan yang diterima amatlah terhad, sehingga kami mengalami kesukaran di dalam menguruskan keperluan seluruh penghuni dan mereka yang bernaung dengan RKNH. Buat masa ini RKNH sangat perlukan sokongan dari pihak Tuan,  besarlah harapan kami sekiranya ada pihak yang sudi  menghulurkan  bantuan segera untuk menyelesaikan keperluan asas asrama, antaranya kewangan, menaja makan minum harian, sewaan asrama, kelengkapan belajar.

Segala, sumbangan, pengorbanan, dan keperihatinan yang bakal dicurahkan, amatlah kami hargai serta di doakan agar diberkati dan digandakan rezeki. Sebarang sumbangan yang ingin diberi dalam bentuk cek, sila tuliskan atas nama Rumah Kasih Nurul Hasanah MBB 562 777 213 969. Atau CIMB – 860 050 2281 atas nama (Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah) Sekiranya ada sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di talian :  03 – 425 33500 (Asrama)  /  03 – 426 65200 (Pejabat)

/ 011-11070967 / 011-27270704 / 019-3349933

*Sumbangan RM500 ke atas boleh mendapat Resit Perlepasan Cukai atas permintaan (Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.6297).  Sekian, Terima kasih.





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *