Borang Sumbangan Ramadhan Dan Syawal

Posted by: | Posted on: June 15, 2016

DOWNLOAD BORANG SUMBANGAN RAMADHAN & SYAWAL

Tuan/Puan,

Memohon Bantuan Ramadhan dan Syawal

Adalah dimaklumkan Rumah Kasih Nurul Hasanah adalah pusat perlindungan dan transit untuk menaungi serta menguruskan keperluan kebajikan, pendidikan bagi 35 orang anak-anak yatim, miskin serta asnaf.

Memandangkan asrama RKNH belum ada penaja tetap untuk menampung keperluan bulanan, maka bantuan yang diterima amatlah terhad, sehingga kami mengalami kesukaran di dalam menguruskan keperluan seluruh penghuni dan mereka yang bernaung dengan RKNH. Buat masa ini RKNH sangat perlukan sokongan dari pihak Tuan,  besarlah harapan kami sekiranya ada pihak yang sudi  menghulurkan  bantuan untuk menyelesaikan keperluan asrama khasnya di bulan Ramadhan dan Syawal ini, antaranya kewangan, menaja makanan berbuka dan bersahur, pakaian raya dan sebuah Kenderaan yang amat penting bagi kami

Segala, sumbangan dan keperihatinan yang akan diberikan, amatlah kami hargai serta di doakan agar diberkati dan digandakan rezeki. Sebarang sumbangan yang ingin diberikan samada zakat dan sebagainya, jika dalam bentuk cek, hendaklah di tulis atas nama Rumah Kasih Nurul Hasanah MBB 562 777 213 969. Atau CIMB – 8600502281  atas nama (Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah) Sekiranya ada sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di talian : Pej.03- 42533500 Puan Shida (011-32565797 / 019-2227339) Ustaz Mad ( 019-3349955 )

*Sumbangan RM500 ke atas boleh mendapat Resit Perlepasan Cukai atas permintaan (Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.6297).  Sekian, Terima kasih.





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *