Tuesday, September 6th, 2016
now browsing by day
Ibadah Korban bersama Rumah Kasih Nurul Hasanah
Assalammualaikum wbt ..admin update sedikit mengenai Ibadah Korban di RKNH.dah ada 2 bahagian lembu dan seekor kambing ,kami perlu cari lagi 5 bahagian lagi ,..jadi kami amat alu-alukan sekiranya tuan/puan berhajat untuk membuat ibadah korban bersama RKNH ,tuan/puan boleh juga yg dah membuat ibadah korban ,sekiranya ingin memberi bahagian nama korban kepada nama staff/guru RKNH untuk ibadah korban ..Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi 019-3349955/019-3359933 /03-42533500
مَا عَمِلَ ابْنُ ادَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً اَحَبَّ اِلَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ مِنْ هِرَاقَةِ دَمٍ وَ اِنَّهُ لَيَأْتِى يَوْمَ اْلقِيَامَةِ بِقُرُوْنِهَا وَ اَظْلاَفِهَا وَ اَشْعَارِهَا وَ اِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ بِمَكَانٍ قَبْلَ اَنْ يَقَعَ عَلَى اْلاَرْضِ فَطِيْبُوْا بِهَا نَفْسًا. ابن ماجه 2: 1045، ضعيف، لانه فى اسناده ابو المثنى و اسمه سليمان بن يزيد
Tidak ada amal anak Adam pada hari Nahr (‘Iedul Adlha) yang paling disukai Allah ‘Azza wa Jalla selain daripada menyembelih qurban, qurban itu akan datang kepada orang-orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti semula, yaitu lengkap dengan anggotanya, tanduk, kuku dan bulunya. Darah qurban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Allah ‘Azza wa Jalla sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berqurbanlah kalian dengan senang hati. [HR. Ibnu Majah juz 2,)
Majlis Ibadah Korban Di RKNH
Assalammualaikum wbt ..
Rumah Kasih Nurul Hasanah ingin berkongsi mengenai Majlis Ibadah Korban di RKNH dan jamuan Hari Raya Aidiladha akan di ada kan pada Hari Raya Haji ke 2 di RKNH ,Bagi Tuan2 puan2 yang berhajat menghantar daging Korban di Asrama kami amat lah di alu-alukan untuk RKNH dan juga diagihkan kepada keluarga anak yatim serta asnaf yg tinggal di luar turut di raikan pada hari tersebut ..
Majlis bermula pada jam 9.30 pg dengan sarapan ,agihan daging korban, jamuan makan tengah hari ,minum petang sehingga jam 5 ptg ..Bagi yang berhajat mengambil bahagian untuk ibadaah korban RM600( 1 bahagian lembu) jika seelor lembu ialah RM 4200 termasuk urusan berkaitan ,jika ada lebih mohon disumbanghkan kepada RKNH ,Manakala majlis untuk sembelihan lembu di adakan di maahad tahfiz al qiam Kg Tuah selangor (sejam perjalanan dari RKNH) kepada tuan/puan yg ingin menghantar daging korban boleh terus hantar ke asrama kami di alamat No 1,Jalan Pimping Kanan Ukay Height,Ampang 68000 ,Selangor .Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-3349955/019-3349933 .