5Ramadhan1442H
Posted by: admin | Posted on: May 10, 2021









Selamat Datang Ke Rumah Kasih Nurul Hasanah
Lokasi : No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height,68000, Ampang, Selangor.Mula dibuka : April 2012
Bilangan Anak-anak dibawah RKNH : 28 orang
Bilangan yang bernaung di bawah RKNH : 106 orang
Erti Yatim Hakiki
Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tidak ada ayah dan ibu, tetapi yatim piatu yang Hakiki itu adalah tidak Iman dan Ilmu
Tidak ada ayah dan ibu bukan satu kesalahan, itu sudah takdir dari Tuhan Yang Esa. Tidak ada siapa yang mau.
Tetapi iman dan ilmu wajib dicari, karena ia perintah Tuhan Yang Esa. Siapa yang tidak melakukannya adalah berdosa besar, di Akhirat masuk Neraka.
Berhibur itu tidak salah, tetapi yang salah apabila tersalah memilih hiburan
Aktiviti Kebudayaan - Anak-anak disini turut dilatih untuk bernasyid untuk mengisi program-program yang dijemput.
Anak-anak RKNH sedang menunggu-nunggu waktu solat
Kebaikan seseorang hamba itu
Bermula daripada membaikkan sembahyangnya
Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya
Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya
Khusyuk, khuduk, tadharuk
dan faham apa yang dibaca
Selepas itu rahmat dan berkat daripada Tuhan pun mencurah-curah
Sambutan MaulidurRasul 2016 RKNH
Cahaya kebaikan yang menerangi hati yang telah dikotori dosa.Rasulullah s.a.w adalah cahaya kebaikan yang tiada tandingan.Kehebatan akhlak dan pengorbanan baginda dalam membela fakir miskin menjadi contoh di atas segala contoh.Sabda Rasulullah s.a.w,
“Kebaikan sedekah yang dilakukan boleh memadam kejahatan
Anak-Anak Puteri RKNH
Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian, selalu dilakukan hati akan mati, dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
Orang yang kuat jiwa
Orang yang kuat jiwa kerana dengan Tuhan, mukanya selalu ceria sekalipun ia di dalam ujian, seolah-olah dia macam tidak ada masalah, yang dia selalu susahkan ialah dosanya.
Anak-Anak sedang mendengar kuliah subuh
Kalau kita orang yang mewah janganlah kita berbangga. Allah boleh ambil sekelip mata. Kalau kita orang yang susah janganlah bersedih, Allah hendak meringankan bebanan kita dan Allah boleh memberi bila-bila masa.
Persembahan Kebudayaan RKNH
Orang mukmin tidak terlonjak-lonjak dengan nikmat. Tidak menderita jiwanya dengan kesusahan. Tidak hilang pertimbangannya dengan lawan. Sentiasa senang, tenang dan dalam kebenaran.
Akhlak ialah bunga diri
Akhlak ialah bunga diri. Indah dilihat oleh mata.Senang dirasa dalam hati.Setiap orang jatuh hati.
Akhlak nilai diri manusia.Modal hidup di mana-mana
Projek Berdikari RKNH
Asrama RKNH turut ada sudut Jualan Amal ,antara nya beraneka pilihan Kuih Raya yang sedap ,kerepek air zam2 ,tasbih ,buku agama ,telekung ,kopiah dll,buat Tuan/Puan yang ada kelapangan jemput datang singgah gerai RKNH ye
Guna Semula Untuk Amal
RKNH juga menjadi pusat perkhidmatan mengumpul, mengagihkan bantuan kepada golongan anak yatim, asnaf / sekolah agama & tahfiz.Juga rumah kebajikan yang lain