Memohon penajaan bagi membantu Rumah Kasih Nurul Hasanah
Posted by: admin | Posted on: September 21, 2016Assalammualaikum w.b.tTuan/Puan yang dirahmati Allah
Rumah Kasih Nurul Hasanah kini sedang mencari para Dermawan ,Syarikat,Badan2 Ngo , yang sudi menaja perbelanjaan Bulanan RKNH ,Seperti :
- Sewa Asrama Anak2 Lelaki
- Bill Air Asrama Lelaki& Perempuan
- Bill elektrik Asrama Lelaki & Perempuan
- Makanan Lauk Basah Harian `
- Perbelanjaan Duit Sekolah Anak2 RKNH (Rm2x30)
- Ansuran Van dan kereta RKNH
- Saguhati Staff& Guru warden serta Guru Al-Quran
kesemua perbelanjaan di atas setiap bulan dalam 16K Juga,ini tidak termasuk maintained Kerosakan asrama,maintained kereta,sakit dan sebagai nya .Setakat ini hanya para dermawan individu yg banyak membantu RKNH bagi menyelesaikan keperluan bulanan RKNH ,Selain itu RKNH ada juga mengusahakan jualan projek ekonomi dan berdikari ,namun masih belum cukup menampung perbelanjaan bulan rknh ,besar harapan RKNH ,hasil perkongsian ini ,ada Dermawan ,Syarikat atau badan NGO sudi menjadi penaja untuk overhead RKNH ,pada Tuan/Puan yg tahu mana2 sumber yg masih ada peruntukan ,boleh maklum pada kami ,juga jika memerlukan Surat Rasmi dan profile dari RKNH ,kami juga ada sediakn ,kami boleh cuba usahakan ,mana tahu ada rezeki RKNH untuk dapat dana peruntukan ..RKNH mengajak Tuan/puan sudi “SHARE” harapan RKNH ini kepada Keluarga dan Kawan2 ,.. segala Jasa baik,Sokongan ,dan bantuan yg telah Tuan/Puan berikan amatlah kami Hargai dan mengucapkan Jutaan terima Kasih ,Hanya Allah yg mampu membalas ,RKNH juga mendoakan Allah sentiasa memberkati dan Merahmati Tuan/Puan serta keluarga ,mendapat kebahagian di dunia dan Akhirat Aminn .
*Sebarang makluman boleh terus hubungi pjbt 03-42533500
019-3349955/018-9778279 .
Email: rumahkasihnurulhasanah@yahoo.com
Akaun Maybank : 562 777 213 969
Nama Akaun : Rumah Kasih Nurul Hasanah
Akaun CIMB : 860 050 2281
Nama Akaun : Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah
Alamat Asrama : No 1,Jalan Pimping Kanan,Ukay Height,Ampang 68000. Selangor
Ibadah Korban bersama Rumah Kasih Nurul Hasanah
Posted by: admin | Posted on: September 6, 2016Assalammualaikum wbt ..admin update sedikit mengenai Ibadah Korban di RKNH.dah ada 2 bahagian lembu dan seekor kambing ,kami perlu cari lagi 5 bahagian lagi ,..jadi kami amat alu-alukan sekiranya tuan/puan berhajat untuk membuat ibadah korban bersama RKNH ,tuan/puan boleh juga yg dah membuat ibadah korban ,sekiranya ingin memberi bahagian nama korban kepada nama staff/guru RKNH untuk ibadah korban ..Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi 019-3349955/019-3359933 /03-42533500
مَا عَمِلَ ابْنُ ادَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً اَحَبَّ اِلَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ مِنْ هِرَاقَةِ دَمٍ وَ اِنَّهُ لَيَأْتِى يَوْمَ اْلقِيَامَةِ بِقُرُوْنِهَا وَ اَظْلاَفِهَا وَ اَشْعَارِهَا وَ اِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ بِمَكَانٍ قَبْلَ اَنْ يَقَعَ عَلَى اْلاَرْضِ فَطِيْبُوْا بِهَا نَفْسًا. ابن ماجه 2: 1045، ضعيف، لانه فى اسناده ابو المثنى و اسمه سليمان بن يزيد
Tidak ada amal anak Adam pada hari Nahr (‘Iedul Adlha) yang paling disukai Allah ‘Azza wa Jalla selain daripada menyembelih qurban, qurban itu akan datang kepada orang-orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti semula, yaitu lengkap dengan anggotanya, tanduk, kuku dan bulunya. Darah qurban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Allah ‘Azza wa Jalla sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berqurbanlah kalian dengan senang hati. [HR. Ibnu Majah juz 2,)
Majlis Ibadah Korban Di RKNH
Posted by: admin | Posted on: September 6, 2016Assalammualaikum wbt ..
Rumah Kasih Nurul Hasanah ingin berkongsi mengenai Majlis Ibadah Korban di RKNH dan jamuan Hari Raya Aidiladha akan di ada kan pada Hari Raya Haji ke 2 di RKNH ,Bagi Tuan2 puan2 yang berhajat menghantar daging Korban di Asrama kami amat lah di alu-alukan untuk RKNH dan juga diagihkan kepada keluarga anak yatim serta asnaf yg tinggal di luar turut di raikan pada hari tersebut ..
Majlis bermula pada jam 9.30 pg dengan sarapan ,agihan daging korban, jamuan makan tengah hari ,minum petang sehingga jam 5 ptg ..Bagi yang berhajat mengambil bahagian untuk ibadaah korban RM600( 1 bahagian lembu) jika seelor lembu ialah RM 4200 termasuk urusan berkaitan ,jika ada lebih mohon disumbanghkan kepada RKNH ,Manakala majlis untuk sembelihan lembu di adakan di maahad tahfiz al qiam Kg Tuah selangor (sejam perjalanan dari RKNH) kepada tuan/puan yg ingin menghantar daging korban boleh terus hantar ke asrama kami di alamat No 1,Jalan Pimping Kanan Ukay Height,Ampang 68000 ,Selangor .Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-3349955/019-3349933 .
Buletin Nurul Hasanah
Posted by: admin | Posted on: August 21, 2016Assalammualaikum wbt , satu lagi projek berdikari Rumah Kasih Nurul Hasanah , Buku Buletin RKNH ,didalam nya terkandung banyak ilmu2 mengenai Islam ,Sejarah Para Nabi dan Rasul ,paling menyentuh hati ,ada doa2 yg dinukil kan oleh anak2 Yatim RKNH sendri .. Buku Buletin ini hanya Rm10 shj ,beli sambil beramal ,dapat Ilmu pengetahuan Islam dan banyak lagi yg menarik,disini kami belanje skit isi kandungan ,sangat Sesuai dibaca seisi keluarga ,nak tahu lebih lagi dalam Buku Buletin RKNH INI boleh dapatkan di alamat asrama kami :No 1 ,jalan Pimping Kanan Ukay Height,Ampang 68000,Selangor ..Sebarang pertanyan boleh hubungi 03-42533500 .
*setiap hasil jualan Buku Beletin RKNH ini sedikit sebanyak membantu RKNH dalam menampung perbelanjaan Harian dan bulanan RKNH ..
Projek Berdikari RKNH di KPJ Ampang Puteri
Posted by: admin | Posted on: June 16, 2016Anak-anak yg besar dan wakil Staff Belajar Berniaga di dalam Ruang Lobi KPJ Hospital Ampang Puteri,tapak di bei percuma selama sebulan .
Terima kasih banyak kepada pegurusan Hospital Ampang Puteri ,selain itu di Asrama RKNH turut ada sudut Jualan Amal ,antara nya beraneka pilihan Kuih Raya yang sedap ,kerepek air zam2 ,tasbih ,buku agama ,telekung ,kopiah dll,buat Tuan/Puan yang ada kelapangan jemput datang singgah gerai RKNH ye Read More …
Borang Sumbangan Ramadhan Dan Syawal
Posted by: admin | Posted on: June 15, 2016DOWNLOAD BORANG SUMBANGAN RAMADHAN & SYAWAL
Tuan/Puan,
Memohon Bantuan Ramadhan dan Syawal
Adalah dimaklumkan Rumah Kasih Nurul Hasanah adalah pusat perlindungan dan transit untuk menaungi serta menguruskan keperluan kebajikan, pendidikan bagi 35 orang anak-anak yatim, miskin serta asnaf.
Memandangkan asrama RKNH belum ada penaja tetap untuk menampung keperluan bulanan, maka bantuan yang diterima amatlah terhad, sehingga kami mengalami kesukaran di dalam menguruskan keperluan seluruh penghuni dan mereka yang bernaung dengan RKNH. Read More …
Kalendar 2016 Projek Ekonomi RKNH
Posted by: admin | Posted on: February 3, 2016Berita Terkini: Projek Berdikari RKNH
Posted by: admin | Posted on: October 12, 2015Rumah Kasih Nurul Hasanah
(RKNH) kini membuka sudut jualan RKNH untuk melatih anak-anak belajar berniaga dan berdikari.Setakat ini barang-barang yang ada tidak banyak.Untuk tuan/puan yang ingin menambah barang jualan,boleh lah ke RKNH untuk dihantar. Read More …
Berita Terkini: Awning Dan Tiles sudah siap Dipasang Sepenuhnya
Posted by: admin | Posted on: June 12, 2015Alhamdulillah,pemasangan awning dan tiles sudah siap dipasang sepenuhnya dan sudah mula di gunakan semalam.Terima kasih kepada semua yang menyumbang dalam apa jua bentuk.Semoga amalan kita di terima Allah dan mendapat keberkatan Read More …
Memohon Kerjasama membantu Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH)
Posted by: admin | Posted on: April 27, 2015Adalah dimaklumkan Rumah Kasih Nurul Hasanah, memulakan operasi sebagai satu wadah untuk semua agar saling berkasih sayang, bantu membantu dan bela membela di antara sesama insan. RKNH adalah pusat perlindungan dan transit untuk menaungi serta menguruskan keperluan hidup, pendidikan dan masalah kesihatan bagi 30 orang anak-anak yatim, miskin, dan golongan yg dhaif samada yang tinggal di asrama mahupun tinggal sendiri bersama waris masing-masing. Read More …